Tentang kami
Perkataan "Hellopresso" adalah gabungan dua perkataan, "Hello" bermaksud salam atau sapaan dan "presso" ialah perkataan yang telah dipendekkan daripada Espresso. Gabungan dua perkataan ini membawa maksud sapaan kepada detik kegembiraan baru dari seteguk kopi. Kami percaya bahawa proses mengenal diri berlaku melalui pengalaman, sama ada mengembara ke seluruh dunia untuk mencari kopi terbaik, berkongsi minuman eksotik dengan yang tersayang anda atau bertemu untuk kopi pertama anda dengan si dia yang teristimewa. Itulah sebabnya misi kami adalah untuk memberikan anda pengalaman menikmati minuman yang segar, beraroma, dan sangat memuaskan.
Hellopresso sangat mengambil berat tentang kualiti dan rasa dalam setiap cawan. Kami memastikan biji kopi arabika yang kami pilih adalah yang terbaik, dibru segar menjadi espresso dan mengeluarkan rasa dan aroma yang unik. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan anda untuk menikmati secawan kopi yang menyelerakan, dan juga minuman unik yang lain.
Apa kata mereka?
"...memang padu Classic Latte dia..."
Adib Aiman, USJ
"...bagi aku air choc tu sedap, kena dengan tekak aku. Pekat,tak manis sangat & tak muak. Anak aku minum sekali habis ye..."
Ida, Balakong
"...laki aku memang kaki coffee, aku pulak memang suka chocolate. Sedap gilerr!..."
Farah Farhana, Puchong
"...I cannot tahan tengok dia. Rasa sekali je tapi nak repeat sokmo!..."
Zunorain, Setia Alam
Ikuti kami di media sosial